Sunday, November 16, 2008

'LINTAH ONE-STOP CENTRE'

  • Ingin mulakan bisnes ternakan lintah?
  • Tidak tahu bagaimana utk memulakannya?
  • Ingin tahu di mana untuk dapatkan benih lintah?
  • Di mana boleh dapatkan khidmat bekam lintah paling murah?

Jangan kusutkan fikiran anda dengan pelbagai lagi persoalan... dengan bekalan melebihi 100,000 ekor lintah,
'L I N T A H D A R A' mampu memenuhi segala keperluan lintah anda...

  • KAMI MEMPUNYAI PELBAGAI SAIZ LINTAH UTK MEMENUHI KEPERLUAN TERNAKAN ANDA
  • JUMLAH BEKALAN LINTAH YANG BANYAK & SIHAT, TERBUKTI DENGAN PRODUKTIVITI YANG AMAT TINGGI
  • KAMI SEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT SECARA PERCUMA DENGAN SETIAP PEMBELIAN LINTAH
  • KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT BEKAM LINTAH DENGAN HARGA BERPATUTAN*

*temujanji awal diperlukan, sila hubungi no. yang tertera dibahagian bawah blog
ATAU
email; faizallizam@yahoo.com

Friday, November 7, 2008

"H. granulosa ke... H. manillensis?"


Terdapat 4 spesis lintah, Hirudinaria viridis, H. manillensis, H. javanica dan H. granulosa. Yang dikatakan “India cattle leech” ialah H. granulosa. Secara biologi, H. granulosa adalah lebih relevan kepada lintah tempatan. Walaupun tanpa sokongan taksonomi yang lengkap, H. manillensis diakui ramai penternak sebagai spesis tempatan yang diternak. Namun begitu lintah-lintah yang diternak dilaporkan daripada jenis-jenis perut hijau dan perut perang pula. Apa yg dapat diharapkan disini ialah agar kajian yg dijalankan pihak bertanggungjawab akan dapat menyelesaikan salah faham yg timbul dalam isu genetik lintah ternakan kita.

"Teknik bekam lintah"

Semalam, salah seorang geng penternak lintah; saudara Hafiz Anuar telah dengan selambanya mempraktikkan teknik 'bekam lintah' yang diwarisi beliau daripada Pakcik Azami. Eksperimen ini dilakukan keatas tangannya sendiri tanpa sedikit pun rasa geli atau sakit.

Menurut beliau, teknik ini dapat membuang darah kotor yang telah sekian lama berada dalam badan beliau. Beliau juga mendakwa yang badan beliau terasa amat ringan sesudah teknik ini dijalankan.

Maka terbuktilah bahawa lintah merupakan makhluk ciptaan Ilahi yang membawa manfaat besar dalam meningkatkan kesihatan manusia.

Wallahua'lam...

Cik Lin Menyedut...???

Thursday, November 6, 2008

"Lintah - Bioteknologi"


Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9), pembangunan pertanian dan industri asas tani telah diberikan keutamaan. Jumlah peruntukan untuk pembangunan sector ini telah meningkat dari RM7749 juta dalam RMK8 kepada RM11435 juta. 5.4% dari jumlah tersebut adalah peruntukan untuk Insentif Pembiayaan Swasta iaitu sebanyak RM350 juta.
Selain pembiayaan dari segi kewangan, pihak kerajaan juga menawarkan bantuan dari segi khidmat sokongan. Khidmat sokongan yang ditawarkan adalah dalam bentuk latihan (iaitu dari segi formal dan tidak formal) dan juga penyelidikan. Pihak kerajaan melalui RMK9 juga mengenalpasti beberapa pendekatan untuk tujuan pembangunan industri asas tani. Antaranya ialah:
  • Mempertingkatkan mekanisasi dan automasi dengan tujuan mengurangkan penggunaan tenaga buruh terutamanya penggantungan terhadap tenaga buruh asing.
  • Perlaksanaan pendekatan pemasaran yang memberi penekanan kepada piawai produk dan akreditasi.
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan meluas sebagai pemudah.
  • Pembangunan koridor pembangunan utara (NCER) yang meliputi kawasan di negeri Perlis, Kedah, Seberang Perai di Pulau Pinang dan Perak menjadi wilayah pertanian moden dan berskala komersil.

Industri penternakan lintah juga boleh dikategorikan sebagai industri bioteknologi yang sekarang ini sedang diperluaskan oleh kerajaan. Penglibatan bumiputera dalam bidang biotekknologi adalah sangat rendah dan sangat dialu-alukan oleh pihak kerajaan.
Jadi, apa lagi yang ditunggu...??? Takkan tggu subsidi kottt... Bangunlah bangsaku dari tidur lena yg panjang...

Lintah darat....???

Sebut betul2.... lintah dara; bukan lintah darat...

'Cik Lin melekat la pulak...'

Lintah akan melekat pada mangsa selama 40 – 120 minit dan akan jatuh tergolek apabila sudah kenyang.

Kalau terkena gigitan lintah dan susah untuk menanggalkannya sebelum lintah kenyang, kenalah buat macam ni...

  1. tekan pada bahagian mulut hadapan lintah.
  2. letakkan satu jari pada bahagian hadapan mulut lintah dan...
  3. dengan lembut tolak bahagian mulut hadapan lintah sampai jatuh...

tapi lepas tu... yang pastinya darah susah nak berhenti sebab lintah dah cucuk anti beku...

"Jantan atau Betina....???"

Kedua-dua jantina iaitu jantan dan betina berada dalam satu badan (hermapordit), tetapi lintah perlu juga mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan masing-masing. Kedua-dua lintah akan bunting. Inilah kehebatan lintah untuk mengekalkan generasinya.

Subhanallah....

Penghasilan 'hirudin' dari lintah tempatan (hirudo medicinalis)

'Hirudin' adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan (hirudo medicinalis), berfungsi sebagai agen anti-pembekuan semulajadi. Dari beberapa penyelidikan, telah dibuktikan bahawa hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

Perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi dan biologi molekul, yang melibatkan teknik-teknik DNA rekombinan dan proses penulinan protein, membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar. Kebolehdapatan hirudin secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan.


sumber:
abd. latif, fazilah (1992)
seminar penyelidikan fakulti kej. kimia & kej. sumber asli . I-7.
universiti teknologi malaysia

Tuesday, November 4, 2008

"Contact Info"

Sebarang pertanyaan mengenai harga, penternakan, & sumber boleh diajukan terus kepada

En. Azami @ 019-3885976
atau sms @ 017-6086908

"Leeches Around the World"

"For over 2000 years, leeches were needlessly applied for many ailments as an adjunct to blood letting. Today there is a real clinical application in that they are of great value to plastic surgeons when venous congestion of skin and muscle flaps is a problem. Leeches are treated in the same way as blood products and are reused only on the same patient."

Artikel yang dipetik dari Australian Museum Online ini membuktikan betapa kaedah perubatan berasaskan lintah ini telah lama bertapak di seluruh pelusuk dunia, namun kekurangan bekalan & kesukaran mendapatkannya telah secara tidak langsung memperlihatkan penurunan pada aplikasi lintah dalam perubatan seperti yg terjadi di Eropah.

Kami melihat ini sebagai satu peluang menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan mewujudkan satu lagi sumber eksport Malaysia. Tambahan pula kini lintah bukan sahaja digunakan dalam bidang klinikal, malah rawatan kosmetik turut mempamerkan keberkesanan aplikasi lintah.

"Penternakan adalah Perniagaan"

Assalamualaikum wbt buat tuan2 & puan2 yang sudi meluangkan masa menjengah ke blog yg kami dedikasikan khas buat "lintah2" peliharaan kami. Semoga dengan sokongan dan keyakinan tuan puan dapat kami usahakan yang terbaik dalam menjayakan sektor penternakan lintah ini.